Utusan Malaysia terbit Utusan Pelajar hargai institusi pendidikan

PETALING JAYA: Atas semangat ingin memberi pengiktirafan kepada sekolah dan menghargai sumbangan guru-guru serta bidang pendidikan yang semakin penting, Utusan Malaysia menerbitkan sisipan khas Utusan Pelajar bermula hari ini. Langkah itu juga sejajar dengan komitmen Kementerian Pendidikan membenarkan akhbar ini diedarkan ke 7,000 buah sekolah seluruh negara. Sisipan khas Utusan Pelajar bukan sekadar wahana perkongsian […]
Media Mulia luncur portal komik MMTOON

PETALING JAYA: Media Mulia Sdn. Bhd. (MMSB) meluncurkan portal MMTOON yang merangkumi koleksi kartun dan komik dalam usaha menyemarakkan industri kreatif di negara ini. Portal mmtoon.com.my memaparkan semua koleksi kartun dan siri komik yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! sejak 1960-an serta popular dalam kalangan penggemar genre itu. Antara siri klasik yang disiarkan […]
Ambil iktibar kelemahan dahulu – Sultan Perak

WARGA Malaysia khususnya masyarakat Melayu merasakan satu kehilangan besar apabila Utusan Malaysia dihentikan penerbitan pada 9 Oktober 2019. Alhamdulillah, hari ini, 28 Zulkaedah 1441 bersamaan 20 Julai 2020, Utusan Malaysia berjaya diterbitkan semula. Utusan Malaysia diasaskan dengan penerbitan sulung pada 1 September 1967, hasil daripada gelombang kebangkitan semangat kebangsaan Melayu yang benihnya mula tersemai dalam […]
Terus terbitkan bahan berita terbaik – Sultan Selangor

BETA berkenan menzahirkan ucapan tahniah dan syabas di atas penerbitan semula akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! yang kembali berada di pasaran hari ini. Beta berasa gembira kerana sememangnya telah sekian lama akhbar Utusan Malaysia khususnya, menjadi pilihan Baginda untuk mendapatkan informasi terkini dan rencana-rencana yang mutakhir. Beta berharap akhbar Utusan Malaysia akan terus menerbitkan bahan […]
Selamat Kembali Utusan Malaysia

SELAMAT kembali Utusan Malaysia. Kemunculan semula Utusan Malaysia adalah momen yang paling membahagiakan. Semoga kemunculan Utusan Malaysia kali ini membawa bersamanya ideal pencerahan yang sangat diperlukan oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Yusuf Ishak dan Rahim Kajai mengasaskan Utusan Melayu untuk menjadi suara yang bebas dan berani dalam mewakili nurani dan pemikiran bangsa Melayu. Ia […]