VIDEO tular memaparkan dua penyanyi hebat iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul di sebuah acara baru-baru ini mengundang pelbagai respons daripada peminat.
Iyalah, sebelum ini peminat dua penyanyi itu kerap juga bertelagah dalam media sosial, seperti tiada kesudahan.
Hakikatnya, hubungan dua penyanyi itu sangat baik dan Aina sendiri sangat mengagumi Siti.
Di sebalik kegembiraan melihat hubungan baik itu, peminat mereka menuntut agar Aina segera menghasilkan lagu duet bersama Siti.
Kata mereka, sudah terlalu lama menanti karya istimewa tersebut.
Ada betulnya juga permintaan mereka sebab Diva juga sudah lama mendengar cerita yang katanya Aina nak hasilkan lagu untuk Siti. Mungkin hanya khabar angin tetapi mengapa tidak?
Harapnya Aina realisasikanlah permintaan peminat itu ya, risau ada yang kempunan.
DIVA: Ada pelakon lelaki yang baru popular dengan satu drama sudah mula hidung tinggi.
The post Peminat tunggu Aina tunai ‘janji’ Siti Nurhaliza appeared first on Kosmo Digital.