KLUANG – Seramai 4,842 tentera, polis dan pasangan selesai menunaikan tanggungjawap sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sebaik Pusat Mengundi Awal ditutup tepat pukul 5 petang hari ini.
Pusat Mengundi Awal yang dibuka pukul 8 pagi tadi menyaksikan 98.59 peratus daripada 4,911 telah mengundi.
Pecahan keluar mengundi adalah 3,313 daripada 3,865 pegawai dan anggota tentera (85.71 peratus) mengundi di Dewan Mahkota, Sekolah Kebangsaan Sir Ibrahim seramai 550 pegawai dan anggota daripada 645 telah mengundi (85.27 peratus).
Manakala di Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis pula seramai 372 daripada 401 pegawai dan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. – KOSMO! ONLINE
The post PRK Mahkota: 4,842 tentera, polis dan pasangan selesai mengundi appeared first on Kosmo Digital.