PASIR MAS – Pasukan berkuda akan digerakkan ke sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi memperketatkan lagi kawalan dalam usaha membendung kegiatan jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali berkata, Kelantan merupakan negeri kedua menggunakan khidmat unit berkenaan untuk membuat rondaan.
Menurutnya, selain unit berkuda, penggunaan motosikal elektrik (e-bike) akan digunakan di kawasan sempadan negeri ini sebagai kaedah baharu dalam memperkukuhkan lagi kawalan.
“Kita juga akan menggunakan peralatan canggih yang dilengkapi dengan ciri-ciri kepintaran buatan (AI) untuk membuat rondaan di sempadan.
“Pengunaan dron dan helikopter akan turut digerakkan bagi membuat pemantauan dari udara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pasir Mas di sini hari ini. – K! ONLINE
The post Unit berkuda perkukuh kawalan sempadan Malaysia-Thailand appeared first on Kosmo Digital.