PETALING JAYA – Tiada lagi sambungan drama bertajuk 7 Hari Mencintaiku yang diminati ramai peminat-peminat drama Melayu selepas musim ketiganya berakhir semalam.
Penulis skrip novel berkenaan, Siti Rosmizah dalam satu hantaran di Facebook berkata, musim ketiga adalah karyanya yang terakhir untuk drama 7 Hari Mencintaiku.
“Inilah karya terakhir saya untuk drama 7 Hari Mencintaiku. Selamat tinggal keluarga 7 Hari buat selamanya,” katanya hari ini.
Rata-rata peminta 7 Hari Mencintaiku meluahkan rasa sedih dengan pengakhiran drama tersebut, namun berterima kasih terhadap sebuah karya yang dianggap sangat baik.
Tidak kurang juga peminat yang meninggalkan komen berharap agar drama penuh dengan konflik dan emosi tersebut akan diteruskan pada masa depan. – KOSMO! ONLINE
The post Tiada lagi sambungan 7 Hari Mencintaiku appeared first on Kosmo Digital.