Syed Mokhtar minta jangan kaitkan beliau dengan politik

PETALING JAYA – Tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menegaskan beliau tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, dirinya adalah seorang ahli perniagaan yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perniagaan di Malaysia.

Justeru, beliau meminta tiada pihak cuba mengaitkannya dengan mana-mana parti politik.

“Sebagai ahli perniagaan yang berkecimpung lebih 40 tahun dalam dunia perniagaan di Malaysia, saya berharap tidak ada mana-mana pihak mengaitkan diri saya dengan mana-mana parti politik atau sebarang pertubuhan yang membawa maksud sama,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Syed Mokhtar minta jangan kaitkan beliau dengan politik appeared first on Kosmo Digital.