Anwar makan tengah hari, solat Jumaat di Sungai Merab

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di Roti Canai Coffee Village di Sungai Merab dekat sini hari ini.

Ketibaan beliau di premis tersebut kira-kira pukul 12.55 tengah hari disambut orang ramai yang berada di situ.

Perdana Menteri seterusnya dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Iman Kg Desa Putra di sini. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar makan tengah hari, solat Jumaat di Sungai Merab appeared first on Kosmo Digital.