PETALING JAYA – Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa akur gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir apabila ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan kedua Terbuka Indonesia hari ini.
Bekas juara dunia itu di ranking kelima dunia itu tewas straight-set dalam tempoh 32 minit kepada pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han 16-21, 14-21 pada aksi yang berlangsung di Istora Gelora Bung Karno.
Ia adalah kekalahan kedua pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu kepada Ching Yao-Po Han dalam tujuh pertemuan antara mereka sebelum ini.
Kegagalan pada saingan Super 1000 itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik terus kempunan untuk mendakap gelaran pertama mereka dalam tujuh kejohanan disertai tahun ini.
Pencapaian terbaik mereka tahun ini adalah mara ke final All England, tetapi tumpas 16-21, 16-21 kepada pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada Mac lalu. – KOSMO! ONLINE
The post Aaron-Wooi Yik tumbang di Istora Senayan appeared first on Kosmo Digital.