Ali XPDC sesak nafas, Exco Selangor bantu ke hospital

PETALING JAYA – Penyanyi kumpulan rock XPDC, Mohd. Ali Ismail atau Ali mengalami sesak nafas ketika menerima kunjungan EXCO Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi pagi tadi.

Melalui hantaran Facebook rasmi Borhan yang juga Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat itu berkata, ketika menziarahi penyanyi tersebut di kediamannya, Ali dikatakan menghadapi kesukaran bernafas.

“Pagi tadi, meluangkan masa menziarahi saudara Mohd. Ali Ismail atau Ali, vokalis kumpulan XPDC di kediaman beliau di Bandar Baru Salak Tinggi.

“Turut menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada beliau. Kebetulan semasa ziarah, Saudara Ali menghadapi kesukaran bernafas dan segera bergegas menghantar beliau ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Diharapkan semoga saudara Ali terus kuat dan diberikan kesihatan seperti sediakala insya-Allah,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE.

The post Ali XPDC sesak nafas, Exco Selangor bantu ke hospital appeared first on Kosmo Digital.