Hafizul mahu larikan diri ke Mekah melalui Thailand

KOTA BHARU – Lelaki yang didakwa melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, kelmarin dipercayai mahu melarikan diri ke Mekah melalui Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dalam satu sidang akhbar sebentar tadi menambah, turut dirampas ketika Hafizul Hawari, 38, ditahan adalah wang tunai dan sepucuk pistol bersama 33 butir peluru, mercun bola, enam biji telefon bimbit dan pasport. – KOSMO! ONLINE

 

Berita menyusul

The post Hafizul mahu larikan diri ke Mekah melalui Thailand appeared first on Kosmo Digital.