Hebatnya Kamal! Menyanyi ‘sedap’, menari pun boleh

SEBELUM ini, video Kamal Adli menyanyi dalam program Lagu Cinta Kita pernah tular dalam media sosial.

Kini, dia sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyanyikan lagu milik Anuar Zain iaitu Keabadian Cinta pada majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini.

Disebabkan video tersebut, ramai berpendapat Kamal mempunyai ton suara yang sedap dan boleh digilap untuk menjadi seorang penyanyi.

“Memang suara Kamal ke tu? Sedapnya suara dia, untuk Uqasha Senrose,” puji seorang netizen.

Paling menarik semestinya kejutan daripada Uqasha buat Kamal iaitu menjemput Anuar Zain pada majlis tersebut.

Selain video nyanyian, aksi Kamal menari tarian Bollywood turut menarik perhatian ramai yang memuji lenggok tubuh dan gerak tarinya.

“Semua benda Kamal boleh buat, berlakon, pengacara dan kini menari pula,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

The post Hebatnya Kamal! Menyanyi ‘sedap’, menari pun boleh appeared first on Kosmo Digital.