Kambing Garut makan nasi lauk nuget ayam

JAKARTA – Seekor kambing di Garut, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian pengguna media sosial kerana gemarkan hidangan nasi bersama nuget ayam, lapor portal berita Abatanews semalam. 

Menerusi rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @renaldirahman15 baru-baru ini, seekor kambing berwarna putih dilihat berlari ke arah pemiliknya ketika dipanggil untuk sarapan. 

Makanan haiwan tersebut bukan rumput  tetapi sepinggan nasi yang disertakan dua keping nuget ayam sebagai lauk. 

Kambing itu segera melahap makanan tersebut sehingga ‘licin’.

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.6 juta tontonan bersama 80,400 tanda suka. 

“Sebelum menjadi sup kambing,” komen seorang netizen. 

“Jangan salah sangka, kambing seharusnya diberi makanan mengandungi karbohidrat!” komen netizen lain. – AGENSI

The post Kambing Garut makan nasi lauk nuget ayam appeared first on Kosmo Digital.