KUALA LUMPUR – Sebuah restoran nasi kandar dilaporkan terbakar di Jalan Bangsar Utama 8, di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Perkara tersebut disahkan oleh jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, operasi masih berjalan dan kenyataan akhbar akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Terdahulu, kebakaran tersebut di laporkan oleh beberapa pengguna media sosial melalui ciapan di aplikasi X.
Kejadian tersebut juga memaksa para pekerja di pejabat-pejabat berdekatan untuk keluar berkumpul di kawasan lapang kerana dikhuatiri kebakaran akan semakin memburuk.
Beberapa pengguna juga melaporkan terdengar bunyi letupan sebelum menyedari asap kepulan dari kawasan berkenaan.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE
The post Kedai nasi kandar di Bangsar terbakar appeared first on Kosmo Digital.