Lembu korban terlepas punca lebuh raya sesak teruk

JAKARTA  –  Seekor lembu korban mencetuskan kesesakan lalu lintas  yang teruk berhampiran sebuah plaza tol selepas  terlepas daripada  ikatan dan berkeliaran di tengah lebuh raya, lapor portal berita Okezone hari ini.

Kejadian berlaku menjelang sambutan Aidiladha semalam, berhampiran Tol Jagorawi arah Cibubur, dalam wilayah Jawa Barat.

Berdasarkan klip video yang dimuat naik di laman Instagram, lembu berwarna coklat itu dilihat berlari di tengah jalan raya sehingga mencetuskan panik dalam kalangan pemandu.

“Seekor lembu terlepas di Jalan Tol Jagorawi arah Cibubur pada hari Ahad (semalam) sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan),” kata keterangan video tersebut.

Haiwan itu turut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya kerana pemandu terpaksa menghentikan kenderaan mereka.

Turut dilihat  tali yang mengikat lembut tersebut dalam keadaan sudah putus.

Pihak polis tiba di lokasi kejadian bagi mengawal lalu lintas dan memastikan lembu tersebut ditangkap dengan segera. – AGENSI 

The post Lembu korban terlepas punca lebuh raya sesak teruk appeared first on Kosmo Digital.