Messi rekod gol pertama Ligue 1

PARIS – Selepas sering dihimpit penyudah tumpul, pe­nantian lama Lionel Messi untuk menghasilkan gol pertama di Ligue 1 terlerai ketika bantu Paris Saint-Germain menang 3-1 ke atas Nantes, semalam.

Bagaimanapun, kemena­ngan PSG itu turut dipalit de­ngan la­yangan kad merah yang diterima penjaga golnya, Keylor Navas.

Sejak menyertai PSG, Messi sudah pun menghasilkan tiga gol di pentas Liga Juara-Juara, namun sentuhannya tidak begitu menyerlah di saingan domestik.

Bagaimanapun, jaringan Mes­si itu hanya hadir tiga minit sebelum aksi berakhir.

“Saya sudah pun menjaringkan gol di Liga Juara-Juara. Saya ada peluang (dalam saingan liga) tetapi gagal menyudahkannya.

“Dalam perlawanan ini, saya memiliki beberapa peluang dan situasi sama juga berlaku dalam perlawanan sebelum­nya.

“Saya begitu mengharapkannya dan saya cukup gembira dengan kejayaan gol pertama ini,” kata Messi.

Kemenangan itu memboleh­kan PSG kini mengumpul 37 mata dan selepas ini bakal berkunjung ke Manchester City untuk saingan Liga Juara-Juara.
Stade Rennais yang menang 2-0 ke atas Montpellier naik ke tempat kedua Ligue 1, me­ngumpul 25 mata. – AGENSI

The post Messi rekod gol pertama Ligue 1 appeared first on Kosmo Digital.