WASHINGTON – Khabar angin berkenaan kematian seorang bintang pornografi, Mia Khalifa mula tersebar apabila akaun Facebooknya yang memiliki 4.2 juta pengikut, bertukar menjadi halaman memorial, lapor akhbar The Sun semalam.
Gambar profilnya telah dialih keluar dan perkataan ‘Remembering’ diletakkan di atas namanya.
“Mengingati Mia Khalifa. Kami berharap orang yang menyayangi Mia Khalifa akan selesa dalam melawat profil mereka untuk mengingati dan meraikan kehidupan,’’ demikian menurut penerangan pada profil tersebut.
Semua hantaran di akaun media sosialnya telah hilang dan digantikan dengan satu bahagian yang membolehkan keluarga dan rakan-rakannya memberikan penghormatan.
Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada akaun model itu telah digodam atau tidak.
Peminat-peminat di ruangan Twitter dilihat meluahkan kegusaran mereka dengan ada yang mengeluarkan ciapan ‘ADAKAH MIA KHALIFA MENINGGAL DUNIA?’.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, muncul kenyataan di akaun Twitter yang dikaitkan dengan Mia menyatakan bahawa dia belum mati.
“Sayabelum mati,” kata komen yang disiarkan di Twitter itu.
Ini bukan kali pertama perkara tersebut berlaku. Pada 2020, bekas bintang pornografi yang menyesal dan meminta wanita lain untuk tidak mengikut jejaknya itu turut menemui berita palsu berkenaan kematiannya di laman Twitter. – Agensi
The post Mia Khalifa nafi khabar angin dia meninggal dunia appeared first on Kosmo Digital.