Nad Zainal kritikal – Ungku Ismail

PETALING JAYA – Pelakon Ungku Ismail memaklumkan teman rapatnya, aktres popular Nad Zainal yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) berada dalam keadaan kritikal.

Ungku Ismail dalam stau hantaran InstaStory hari ini memohon orang ramai mendoakan kesihatan Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin diberikan kesembuhan.

“Nad sedang kritikal dalam ICU.

“Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala, amin,” katanya ringkas.

Hari ini, Kosmo! melaporkan pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ICU Hospital Pakar Ampang Puteri.

Perkara tersebut dimaklumkan rakan baiknya, Aina Liza menerusi satu pesanan WhatsApp hari ini.

Malam tadi, Nad, 32, dimasukkan ke ICU sebuah hospital swasta berkenaan selepas dua hari keadaan kesihatannya tidak begitu baik dipercayai disebabkan simptom Long Covid. – KOSMO! ONLINE

The post Nad Zainal kritikal – Ungku Ismail appeared first on Kosmo Digital.