Netizen sindir perangai pemandu BMW

SINGAPURA  – Perbuatan seorang pemandu kereta BMW yang memberhentikan kenderaan  di lorong kanan sebuah lebuh raya bagi memberi laluan kepada ambulans mengundang  kecaman netizen Singapura.

Dia berharap ambulans itu dapat  memotong keretanya menggunakan lorong lain.

Menurut portal berita AsiaOne hari ini, kejadian berlaku  Rabu lalu, manakala video perbuatan pemandu tersebut disiarkan di laman  Kumpulan Aduan Facebook di Singapura.

Kapsyen pada video tersebut ditulis: “Adakah ini cara anda memberi laluan kepada kenderaan ambulans?” 

Sebilangan netizen yang melihat rakaman itu berkata, pemandu BMW itu tidak bertimbang rasa.

Ini kerana perbuatannya menghentikan kereta di lorong kanan menyebabkan ambulans itu bergerak perlahan.

Seorang pengguna Facebook mengulas: “Berhenti di lorong pertama? Di manakah pemandu ini mendapat lesen?”. –  AGENSI

 

The post Netizen sindir perangai pemandu BMW appeared first on Kosmo Digital.