Park Seo-ham, dahulu kurus sekarang kacak

PENANGAN drama Semantic Error, populariti naskhah tersebut turut membuatkan beberapa pelakonnya, termasuk Park Seo-ham kini mencuri tumpuan peminat.

Seo-ham yang memulakan debut pada 2016 dan pernah muncul dalam beberapa buah program televisyen kini sedang disorot perhatian ramai.

Seo-ham yang memegang watak sebagai Jang Jae-young menjadi bualan peminat sehingga gambar lamanya dikongsikan semula dalam internet.

Netizen rata-ratanya terkejut apabila mendapati Seo-ham sangat kurus ketika awal debutnya dalam industri.

“Kurusnya Park Seo-ham! Tengoklah pinggang dia. Dia sangat kurus sewaktu debut,” tulis peminat.

Biarpun begitu, peminat memuji ketampanan Seo-ham yang kini semakin kacak seiring dengan pertambahan usianya.

“Sekarang dia sangat kacak. Saya rasa semakin berusia, Park Seo-ham kelihatan semakin tampan,” ujar seorang lagi peminat.

The post Park Seo-ham, dahulu kurus sekarang kacak appeared first on Kosmo Digital.