Pemimpin tertinggi parti politik ditahan SPRM?

PETALING JAYA – Seorang pemimpin kanan sebuah parti politik didakwa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana awam.

Menurut penulis blog, Raja Petra Kamarudin di Twitternya semalam berkata, tangkapan individu tersebut adalah cubaan untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang menolak usul UMNO yang tidak mahu mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Sementara itu, timbul spekulasi mengatakan pemimpinan tersebut akan ditahan dan dibawa ke mahkamah pada Jumaat.

Dipercayai, tangkapan tersebut mempunyai kaitan dengan Program Jana Wibawa.

Susulan itu juga, turut tersebar satu mesej yang mengajak penyokong-penyokong individu berkenaan untuk turun beramai-ramai ke Pejabat SPRM Putrajaya esok bagi memberikan sokongan kepada pemimpin mereka. – KOSMO! ONLINE

The post Pemimpin tertinggi parti politik ditahan SPRM? appeared first on Kosmo Digital.