Pengurangan bayaran rawatan dialisis buat pesara polis

SEREMBAN _Golongan pesara polis di Negeri Sembilan yang merupakan pesakit buah pinggang berpeluang menerima manfaat pengurangan bayaran bagi perkhidmatan dialisis.

Ketua Pegawai Eksekutif NSCMH Dialysis Care, Ethe Raj berkata, pengurangan bayaran perkhidmatan itu adalah bertujuan menghargai jasa bekas petugas barisan hadapan termasuk keluarga mereka.

Katanya, usaha ini adalah untuk masa jangka masa panjang, kami ingin mencari lebih banyak sumber untuk membantu pesara polis yang memerlukan perkhidmatan dialisis.

“Sebanyak RM2,300 hingga RM3,000 kos yang diperlukan bagi 13 sesi selama sebulan bagi pesakit dialisis dan tidak termasuk kos perubatan lain.

“NSCMH Dialysis Care kini mempunyai 12 cawangan termasuk di ibu pejabat di Seremban, sehubungan itu, dengan fasiliti seperti ini dan kepakaran yang sedia ada, kami boleh menerima pesara-pesara polis yang memerlukan rawatan dialisis,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

The post Pengurangan bayaran rawatan dialisis buat pesara polis appeared first on Kosmo Digital.