PM umum Kabinet baharu pukul 11 pagi ini

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri akan mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada pukul 11 pagi, hari ini.

Pengumuman itu akan dibuat secara langsung menerusi stesen televisyen, RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani dan TV Al-Hijrah selain disiarkan secara penstriman langsung di laman Facebook beliau.

Semalam, Kosmo! melaporkan, Perdana Menteri telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.

Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Kabinet baharu dari Ismail Sabri.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

The post PM umum Kabinet baharu pukul 11 pagi ini appeared first on Kosmo Digital.