TEMERLOH – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang hilang selepas bermain di tali air Kampung Padang Lalang di sini ditemukan lemas.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa dilaporkan hilang pada pukul 8.28 malam sebelum mayat mangsa ditemukan pada pukul 9.25 malam tadi.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, anggota bomba membuat operasi pencarian mangsa dengan teknik pencarian permukaan. – KOSMO! ONLINE
The post Remaja ditemukan lemas di tali air appeared first on Kosmo Digital.