Skip to content
SUBSCRIBE
Menu
  • About Us
  • Leadership
  • Editorial Policy
  • Terms Of Use
  • Products and Services
  • Contact Us
Search
Close this search box.
SUBSCRIBE
Menu
  • About Us
  • Leadership
  • Editorial Policy
  • Terms Of Use
  • Products and Services
  • Contact Us
Search
Close this search box.

Home » She Dazzle labur jutaan ringgit untuk stok jualan hari raya

She Dazzle labur jutaan ringgit untuk stok jualan hari raya

  • Oleh mediamulia
  • January 2, 2024

KUALA LUMPUR – She Dazzle Empire Sdn. Bhd. pengeluar koleksi pakaian wanita khususnya kasual berjenama She Dazzle mahu memberi tumpuan terhadap perniagaan terasnya dengan mengadakan promosi jualan besar-besaran menjelang musim perayaan akan datang.

Ketua Pegawai Kewangannya, Farid Ridzuan Shahul Hameed berkata, persediaan sedang rancak dilaksanakan dengan pelaburan melibatkan jutaan ringgit untuk menyediakan pelbagai koleksi menarik untuk ditawarkan kepada pelanggannya bersempena hari raya akan datang.

“Kami sedang sibuk dengan persiapan promosi jualan hari raya tahun ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran logo dan koleksi tudung terbaharu She Dazzle di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai tudung  terbaharu di bawah jenama, SheScarves, Farid Ridzuan menjelaskan, ia adalah koleksi terhad dengan hanya melibatkan 1,000 helai di pasaran yang dijual secara online oleh para pengedarnya.

Menurut beliau, ia adalah koleksi yang membawa motif monogram dengan tudung potongan kemasan laser empat segi dengan material cotton voile yang selesa dan mudah di gosok.

Dijual pada harga RM49 sehelai, ia terbahagi kepada tiga rekabentuk iaitu hope, love dan freedom dengan kod warna yang berbeza.

“Bersesuaian dengan trend semasa, pengenalan koleksi baharu ini akan dapat memenuhi keperluan pelanggan yang suka kepada tudung empat segi yang menggunakan elemen serta warna yang unik ini.

“Kami juga dalam perancangan untuk menawarkan koleksi tudung baharu tidak lama lagi yang berkonsepkan wangi dan kalis air.” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

The post She Dazzle labur jutaan ringgit untuk stok jualan hari raya appeared first on Kosmo Digital.

Slide 1
LETS WORK TOGETHER

"Coming together is a beginning, staying together is progress, and working together is success." – Henry Ford

BOOK YOUR AD
About Us
About Us
About Us
Editorial Policy
Editorial Policy
Editorial Policy
Editorial Policy
Editorial Policy
Editorial Policy
Editorial Policy
Editorial Policy
About Us
About Us
About Us
About Us
Contact Us
Contact Us
Contact Us
Contact Us
Editorial Policy
Editorial Policy
Term of Use
Advertise
Rate Card
Leadership
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved
Annotation 2020-04-03 150652
LETS WORK TOGETHER
Footer

Copyright © 2024 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved