Terkandas 17 jam di jalan hutan ketika pulang beraya

JAKARTA – Nasib malang berlaku kepada seorang perantau yang pulang beraya ke kampung halaman dari wilayah Jambi, apabila dia terpaksa bermalam di hutan selama 17 jam kerana kenderaannya rosak, lapor laman berita Tribunnews.

Kejadian itu dialami lelaki bernama Gatot. Perjalanannya terhalang selama 17 jam di Jambatan Sungai Teras BTS Ulu Jalur Alternatif PALI-Musirawas. 

Menurut Gatot, dia terkandas disitu sejak pukul 9 malam (waktu tempatan) dan terpaksa bermalam di sekitar lokasi jambatan Sungai Teras.

Keadaan itu berpunca daripada  besi jambatan itu yang mengenai keretanya.

“Ketika melalui jambatan itu pada pukul 9 malam, saya tidak melihat besi jambatan,  menyebabkan kereta tersangkut pada besi sehingga berlaku kebocoran,” kata Gatot. 

Keesokan harinya, penduduk tempatan membantunya untuk mencari mekanik bagi membaiki kereta Gatot. – AGENSI 

The post Terkandas 17 jam di jalan hutan ketika pulang beraya appeared first on Kosmo Digital.