Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

PETALING JAYA – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada esok, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Pengumuman tarikh Hari Raya Puasa itu disiarkan menerusi siaran televisyen dan radio tempatan sebentar tadi.

Menerusi kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia sebelum ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Terdahulu, sebanyak 29 lokasi terpilih di seluruh negara diperkenankan untuk melihat anak bulan Syawal. – KOSMO! ONLINE

The post Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok appeared first on Kosmo Digital.