PETALING JAYA – Gara-gara tidak dihulurkan wang sedekah, seorang lelaki yang didakwa sebagai pengemis mengamuk selain mengugut mahu bertindak kasar terhadap orang awam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik pengguna TikTok@Aap Arf kelmarin, dia mendakwa terdapat seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) telah datang meminta sedekah dengan alasan mahu membeli beras buat ibu bapanya.
“Ini kali kedua kena dengan pengemis yang kononnya dia kata dia pemegang kad OKU. Lepas itu nak duit beli beras mak ayah.
Tahun lepas kena dekat jalan Tunku Abdul Rahman, dia minta juga duit kata nak beli makanan. Kalau tak bagi dia akan mengamuk dan maki sampai nak pukul,” kongsinya.
Dalam video itu juga, dapat dilihat tindakan agresif lelaki terbabit mencampakkan beberapa helai wang kertas setelah permintaannya untuk mendapatkan wang sedekah tidak dilayan.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan di ibu negara .
Sementara itu, pemilik akaun terbabit turut menitipkan nasihat kepada orang ramai agar berhati-hati ketika berdepan dengan individu berkenaan.
“Sesiapa yang jumpa dia, tolong berhati-hati terutamanya perempuan. Aku tak faham dia ni kenapa? Siapa pernah kena dengan dia?,” soalnya.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna lain berkongsi situasi dimana mereka pernah bertemu dengan individu terbabit.
“Pernah jumpa dia dekat kawasan KLCC, minta sedekah pun kasar siap hulur tangan dekat-dekat dengan orang ramai,” kongsi Munir.
“Sama lah pernah kena dekat AEON Shah Alam, minta wang nak beli beras. Kami diam sahaja lepas itu dia maki-maki dan marah. Tengok dia menakutkan,” ujar @BillyMolly&Ecah.
“Tangkap-tangkap, harap pihak berkuasa lebih aktif tahan pengemis macam ini. Lagi satu mana boleh guna kad OKU untuk tujuan minta sedekah,” tegur Syafix. – KOSMO! ONLINE
@aaparf Cuba balik up.. tadi tetiba kena b**** #fypシ #fypシ゚viral ♬ AIN’T GONNA STOP – Carol Kay
The post [VIDEO] Pengemis mengamuk lepas tak dapat wang sedekah appeared first on Kosmo Digital.