PETALING JAYA – Menjadi impian buat setiap pekerja untuk dikurniakan majikan yang sangat bertimbang rasa lebih-lebih setelah penat berhempas pulas untuk menjayakan visi dan misi syarikat.
Hari ini usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mengejutkan pengguna media sosial apabila berkongsi video percutian kakitangannya ke Pulau Pinang.
Disamping hotel mewah dan pelbagai aktiviti menarik disediakan, paling yang mencuri perhatian apabila Khairul Aming membawa para pekerjanya makan di sebuah restoran nasi kandar.
Kelihatan di dalam video yang dimuat naik di Instagram, seramai 100 kakitangannya teruja beratur panjang untuk mendapatkan hidangan yang cukup sinonim dengan negeri tersebut.
Paling seronok, kesemua mereka dibenarkan mengambil dan makan apa sahaja lauk nasi kandar ‘unlimited’ seperti sotong, udang dan lamb shank sehingga puas hati.
Untuk pengetahuan, harga seketul sotong atau udang bermula harga RM15 dan boleh mencecah sehingga RM50 bergantung kepada saiz manakala harga lamb shank pula bermula dengan harga RM30 hingga RM50 seketul.
Kelihatan di dalam video yang dikongsikan Khairul Aming juga keseluruhan jumlah harga makanan yang dibayar mencecah RM3,400.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai yang bergurau ingin bekerja dengan Khairul Aming agar dapat makan nasi kandar tanpa sebarang had.
“Syok betul ‘part’ makan nasi kandar tu. Masa tulah nak merasa makan udang, sotong semua,” komen Iman Ema.
“Nak kerja dengan Khairul Aming sebab nak ambil udang dan sotong dekat restoran nasi kandar,” komen Najiha.
“Ingat senang ke nak ambil sotong, udang ‘unlimited’ macam tu. Biasanya berkira-kira, sebab takut harga tak mampu nak bayar. Tapi Khairul Amin ‘steady’ je bagi ‘unlimited’ dekat staf dia,” komen Farah pula. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] ‘Seronok boleh ambil nasi kandar lauk sotong, udang besar’ appeared first on Kosmo Digital.