KLUANG – Seorang wanita diberkas di kediamannya di Kampung Tengah di sini semalam selepas disyaki mendera anaknya sendiri termasuk menyimbah air panas sehingga menyebabkan kanak-kanak perempuan itu melecur teruk pada bahagian belakang badan..
Perbuatan wanita berusia 32 tahun itu terbongkar selepas guru besar sekolah anaknya membuat laporan polis kira-kira pukul 10.30 pagi, 28 November lalu selepas mangsa mengadu berkenaan perkara itu kepadanya.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pengadu memaklumkan telah membuat pemeriksaan ditubuh badan mangsa dan mendapati satu kesan lebam di kaki kanan, kesan lecuran di kaki kiri dan kesan di tumbuk di pipi kiri sehingga lebam.
“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang membuat tangkapan kira-kira pukul 12.15 tengahari 2 Disember (semalam). Kes akan disiasat mengikut Seksyen Seksyen. 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Bahrin, hasil pemeriksaan di hospital mendapati kecederaan mangsa “alleged child abused by biological mother sustained well heal burn injury over back”, manakala suspek yang tiada rekod jenayah lampau ditahan reman selama enam hari sehingga 8 Disember depan. – KOSMO! ONLINE
The post Wanita disyaki dera anak kandung, simbah air panas appeared first on Kosmo Digital.