PUTRAJAYA – Peluang-peluang pekerjaan yang menawarkan waktu bekerja fleksibel perlu diwujudkan bagi membolehkan wanita bekerja di samping menguruskan rumah tangga mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, peluang bekerja tersebut lebih-lebih lagi perlu diberikan kepada wanita yang merupakan ketua isi rumah.
“Saya yakin kaedah ini dapat meningkatkan penglibatan wanita dalam pasaran buruh.
“Saya juga menekankan peluang-peluang pekerjaan kepada kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang produktif untuk bekerja agar dapat ditawarkan ‘job-matching’ bersesuaian dengan keupayaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Menurut Rina, perkara tersebut dibangkitkannya ketika Mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
The post Wujudkan peluang pekerjaan dengan waktu fleksibel appeared first on Kosmo Digital.